Saturday 10 September 2011

BERBEZA DAN BERKOINTRADIKSI DGN PERJUANGAN RASULULLAH SAW ADALAH KAFIR





BERBEZA DAN BERKONTRADIKSI DENGAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW ADALAH KAFIR

OLEH

Paiso Awang Zari

SALAM,


Firman Allah : al-Imran 32
Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.


Perjuangan UMNO dan PAS adalah berbeza dan berkontradiksi dengan total dengan perjuangan Rasulullah saw yang menjadikan seluruh mereka ini sebagai orang-orang kafir.


JALAN RASULULLAH SAW ADALAH JALAN AL- QURAN, SUNNAH DAN SIRAH YANG SEMPURNA :


1.    Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.


2.    Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.


3.    Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.


4.    Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.


5.    Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.


6.    Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.


7.    Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.


8.    Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.


9.    Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.


10. Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.


11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.


12. Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.


13. Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.




PERJUANGAN UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH BERKONTRADIKSI DENGAN PERJUANGAN RASULULLAH SAW  - INI ADALAH KERANA MEREKA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT :


1.    Tidak mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur;


2.    Tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;


3.    Mengamal dan menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur ;


4.    Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam; 


5.    Mengiktiraf, bersetuju dan meredhai agama demokrasi;


6.    Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;


7.    Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;


8.    Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;


9.    Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya;


10. Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;


11. Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;


12. Tidak akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah;


13. Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.



UMNO dan PAS membuat undang-undang manusia, mereka menguat kuasakan undang-undang manusia ini ke atas umat manusia, kemudian undang-undang manusia ini pula ditaati dan dipatuhi manusia – kesemuanya bererti berbeza dan berkontradiksi dgn Metod Perjuangan Rasulullah saw yang mengeluarkan mereka dpd agama Allah .



Sekian, Terima Kasih.




Paiso Awang Zari



No comments:

Post a Comment