Saturday 10 September 2011

METOD ISLAM ADALAH DARIPADA ALLAH DAN RASUL-NYA



METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH
DARIPADA ALLAH DAN RASUL- NYA

Oleh

Paiso Awang zari

SALAM,


Firman Allah : Yusuf 108
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin . 

Firman Allah: al-Ankabut 69
Dan mereka yang berjihad kepada Kami, sesungguhnya Kami akan pimpin mereka kepada jalan-jalan Kami.

Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Para pendakwah dan pejuang Islam hendaklah memahami dengan sejelas-jelasnya bahawa agama ini adalah agama yang diwahyukan dan bahawa METODnya, yang sesuai dan harmoni dengan sifat-sifat agamanya, adalah juga didasarkan kepada panduan wahyu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mendiri dan menegakkan satu tatanan hidup agama ini tanpa mengikuti Metodnya yang tersendiri.

Seseorang itu hendaklah memahami bahawa agama ini telah datang bukan sahaja untuk mengubah aqidah-aqidah dan amalan-amalan manusia tetapi juga METOD untuk melaksanakan perubahan-perubahan dalam aqidah-aqidah dan amalan-amalan itu. Agama ini membentukkan Aqidah bersama-sama dengan pembentukan sesuatu komuniti itu, ia juga membentuk sistem pemikirannya di samping ia menumpukan tenaganya dalam melaksanakan aspek-aspek praktikalnya. Oleh yang demikian, pembentukan sistem pemikirannya, Aqidahnya, dan cara hidupnya yang tersendiri itu, tidak memerlukan kepada metod yang lain, tetapi ianya terlaksana secara serentak.

Daripada huraian di atas, kita sedar bahawa agama ini mempunyai METOD bertindaknya yang tersendiri. Justeru, kita perlu sedar bahawa METOD ini adalah sesuatu yang kekal abadi. Ia tidak terikat kepada sesuatu peringkat, atau sesuatu keadaan dan persekitaran yang tertentu, seumpamanya kepada zaman generasi Islam yang pertama. Sesungguhnya tatanan hidup agama ini tidak akan dapat didiri dan dibangunkan - pada bila-bila masa - melainkan melalui METOD ini sahaja.

Peranan Islam ialah untuk mengubah Aqidah-aqidah dan amalan-amalan manusia, bersama-sama dengan sikap, pandangan dan cara berfikir mereka. METODnya adalah diturunkan melalui wahyu dan ianya adalah sama sekali berbeza dengan kesemua metod yang tidak bernilai daripada manusia yang berfikiran cetek.”

Metod perjuangan Islam adalah daripada Allah dan Rasul-Nya yang KEKAL ABADI, yang bersifat TIDAK BOLEH DIUBAH, ianya adalah SESUAI UNTUK KESEMUA ZAMAN DAN KESEMUA SITUASI DAN KEADAAN. Metod perjuangan daripada Allah adalah sesuai untuk umat Islam pada zaman kita di Malaysia kita ini, sebaliknya metod perjuangan melalui amalan sistem politik demokrasi adalah metod yang syirik dan kufur. Dalam ayat (al-Fatir :10) di bawah ini Allah melarang kita dengan jelas dan terang, serta muktamad agar kita tidak mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur untuk dijadikan sebagai metod perjuangan kita. 

Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

Allah menyifatkan orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi walaupun untuk tujuan dan matlamat yang suci dan murni kerana Allah, sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan KEJAHATAN yang akan diseksa di Akhirat nanti. Allah memerintahkan kita agar kita hanya berjuang melalui jalan dan metod daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja yang diredhai Allah dan tidak melalui sebarang jalan dan metod yang syirik dan kufur seperti amalan sistem politik demokrasi kita yang tidak diredhai Allah.


Sekian, Terima Kasih.


Paiso Awang Zari




No comments:

Post a Comment