Saturday 10 September 2011

METOD PERJUANGAN ISLAM - PROSES REVOLUSI SIRI 3

(Sambungan)

METOD PERJUANGAN ISLAM - PROSES REVOLUSI
Siri 3

Oleh

Paiso Awang zari


SALAM,


METOD PERJUANGAN ISLAM - PROSES REVOLUSI :

11.   Sesebuah kerajaan demokrasi itu tidak diberi pilihan yang lain melainkan hanya untuk bertindak balas dalam bentuk MENINDAS dan MENZALIMI sesebuah Pergerakan Islam yang berbentuk agresif, militen, radikal dan revolusyeneri ini;

12.   Tindak balas yang zalim dan menindas sesebuah kerajaan demokrasi terhadap Pergerakan Islam ini hanyalah sekadar untuk menyelamatkan kerajaan mereka daripada mengalami kehancuran, mengelakkan pengusiran mereka daripada takhta pemerintahan mereka dan mengelakkan kehilangan segala harta dan kepentingan mereka - ia bertindak untuk mempertahan dan mengekalkan status quo;

13.   “ACTIONS” dalam bentuk segala agitasi dan desakan yang aktif, agresif dan militen daripada Pergerakan Islam akan menimbulkan “REACTIONS” daripada kerajaan demokrasi, iaitu “reactions” daripada pihak kerajaan dalam bentuk tindakan-tindakan yang tegas dan keras dalam membenteraskan kebangkitan Islam ini, kemudian “REACTIONS’ ini pula akan menimbulkan “COUNTER-REACTIONS” daripada Pergerakan Islam yang bertindak semakin agresif dan militen terhadap kerajaan;

14.   Segala “ACTIONS’, “REACTIONS” dan “COUNTER-REACTIONS” dalam bentuk segala tindakan dan serangan yang aktif, agresif dan militen yang saling berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang berkonflik ini akan merebak, menyemarak dan memuncak kepada satu situasi KONFRANTASI TERBUKA yang bersifat semakin hangat, getir dan sengit dari masa ke masa – situasi inilah yang menghidup, merangsang, menyegar dan mengkesinambungkan segala aktiviti Jihad, Perang dan Revolusi di kalangan para pejuang Islam;

15.   Suasana kehangatan konflik dalam bentuk segala tindakan saling berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang berkonflik itu akan menyumbangkan kepada kekesanan gerakan TARBIYAH yang dijalankan oleh Pergerakan Islam di kalangan massa umat Islam dan sekali gus ianya juga membantu untuk mencapai peningkatan tahap KETAQWAAN di kalangan mereka (massa umat Islam) yang diharapkan agar mereka itu akan akhirnya terserap ke dalam perjuangan dan Pergerakan Islam;

16.   Konflik ini adalah konflik hanya kerana AQIDAH semata-mata yang berbentuk ‘AGAMA menentang AGAMA’, dan ianya bukanlah konflik kerana bangsa, negara dan tanah air, atau  kerana ekonomi, teknologi dan sebarang faktor yang lain daripada AQIDAH;

17.   Konflik ini adalah sesuatu yang DIPAKSAKAN ke atas kekuasaan demokrasi yang syirik dan kufur ini, iaitu sesuatu yang dicipta dan diwujudkan dengan sengaja, sedar dan terancang oleh Pergerakan Islam yang bersifat dan berbentuk agresif, militen, radikal dan revolusyeneri;

18.   Tanpa konflik seperti ini, umat Islam tidak akan mengalami kebangkitan, dan hal ini akan hanya mengakibatkan kelembapan dan akhirnya kelenyapan yang total kepada perjuangan Islam;

19.   Pergerakan Islam sedar bahawa mereka sebenarnya menanggung risiko yang amat besar, iaitu setelah melalui jalan-jalan yang berliku-liku dan mengalami segala pahit getir, yang memakan masa generasi demi generasi, mereka menghadapi dua kemungkinan – samada perjuangan mereka akan berakhir dengan menempa kejayaan atau mereka akan tumpas di bumi, namun mereka tetap dijamin untuk mencatat kejayaan dan kemenangan yang amat gemilang di sisi Allah swt di akhirat nanti!

20.   Pergerakan Islam tidak mengharapkan orang lain atau pihak yang lain untuk membantu mereka dalam mengatasi musuh-musuh mereka – mereka mengalah, mengatasi dan merampas kekuasaan politik itu dengan kekuatan yang ada pada mereka sendiri yang terkumpul, terjana dan terbina semasa dalam perjalanannya melalui proses TARBIYAH, TINDAKAN dan PERGERAKAN.



Sekian, Terima Kasih.



Paiso Awang Zari

No comments:

Post a Comment