Saturday 10 September 2011

TIDAK ADA IJTIHAD DAN MASLAHAH YANG MEMBOLEHKAN KITA UNTUK MENGAMALKAN SISTEM POLITIK DEMOKRASI


TIDAK ADA IJTIHAD DAN MASALAHAH YANG MEMBOLEHKAN KITA UNTUK MENGAMALKAN SYSTEM POLITIK DEMOKRASI


OLEH


Paiso Awang Zari


SALAM,


Persoalan dalam amalan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini ialah persoalan AQIDAH, iaitu amalan agama demokrasi bererti kita membuat pilihan di antara TAUHID dengan SYIRIK, di antara ISLAM dengan KAFIR, bukan membuat pilihan di antara yang kurang mudharat dengan yang lebih mudharat, dan di antara yang kurang buruk dengan yang lebih buruk.

Tidak ada ijtihad dan maslahah dalam  memilih untuk mengamalkan agama demokrasi kerana itu bererti memilih KAFIR dengan meninggalkan ISLAM, memilih SYIRIK dengan meninggalkan TAUHID. Allah melarang kita daripada memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, di antaranya adalah diasaskan kepada hujjah-hujjah berikut :

1.   Tidak ada IJTIHAD dan MASLAHAH dalam masalah AQIDAH, maslahah hanya terhad kepada memilih di antara yang buruk dengan yang lebih buruk atau di antara yang mudharat dengan yang lebih mudharat, tetapi tidak untuk membuat pilihan di antara, Kufur dengan Iman, Tauhid dengan Syirik ;

2.   Tidak ada DHARURAH dalam amalan demokrasi, dharurah hanya dibenarkan dalam situasi yang amat terdesak yang tidak wujud lagi jalan keluar yang lain, iaitu mengikut Imam Ahmad, setelah seseorang itu diikat, atau dikurung atau dipukul dan diseksa, barulah wujudnya prinsip dharurah;

3.   Falsafah “MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;

4.   Tidak wujud “RUANG-RUANG YANG LUAS” dalam Aqidah dan Pemikiran Islam yang memboleh dan membenarkan kita untuk mengamalkan sistem politik demokrasi, di samping itu “ruang-ruang” dalam sistem politik demokrasi kita ini adalah ruang-ruang yang sedang berada di bawah kuat kuasaan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang apabila ianya diamalkan akan tetap dan pasti memasukkan para pengamalnya itu ke dalam kesyirikan dan kekufuran;

5.   Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir untuk melantik Baginda sebagai Raja – peristiwa ini berperanan sebagai hujjah yang konkerit dalam menolak segala hujjah yang memboleh dan menghalalkan amalan sistem politik demokrasi seperti  ‘dharurah’, ‘matlamat menghalalkan cara’, dan ‘ruang-ruang luas dalam Aqidah dan Pemikiran Islam’;

6.   Rasulullah saw menolak tawaran kaum Yahudi untuk memeluk agama Islam dengan syarat Baginda sanggup untuk menghukum dengan hukuman yang ringan berbanding dengan hukum kitab Taurat;

7.   Membuat sesuatu kesalahan atau melibatkan diri dengan perbuatan yang merosakkan Aqidah Islam secara SENGAJA dan TERANCANG adalah dilarang oleh Allah swt;

Segala hujjah seperti yang dipaparkan di atas ini menolak konsep IJTIHAD dan MASLAHAH, dan juga menolak konsep MATLAMAT MENGHALAKAN CARA’ daripada pemikiran kufur Barat yang dikemukakan oleh Machiavelli yang sama sekali berkontradiksi dengan hukum al-Quran.


Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

 Ini adalah ayat al-Quran yang jelas, terang dan muktamad yang melarang kita daripada mengamalkan system politik demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk dijadikan sebagai metod perjuangan kita.


Sekian, terima kasih.



Paiso Awang Zari



No comments:

Post a Comment