Saturday 10 September 2011

ERTI MENTALITI JAIHILIYAH

ERTI MENTALITI JAHILIYAH

OLEH

Paiso Awang Zari


SALAM,

MENTALITI JAHILIYAH IALAH :

1.          Islam bererti berpegang teguh kepada dua kalimah syahadah yang diikuti dengan amalan solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat kepada Allah sedangkan peraturan dan undang-undang dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabngsa bukanlah agama;

2.        Kalimah Laailaahillallah bererti Allah itu satu dan tidak lebih daripada satu, dan ianya tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang;

3.          Allah itu adalah Tuhan kerana Dia adalah Pencipta, Pemelihara dan Pentadbir langit dan bumi dan segala apa yang berada di antara keduanya, tetapi Dia tidak mencampuri dalam hal ehwal politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang di dalam sesuatu negara di bumi;

4.        Demokrasi itu bukanlah agama, ianya adalah satu sistem politik yang bertujuan untuk memilih para pemimpin, membuat peraturan dan undang-undang negara, dan untuk memerintah dan mentadbir Negara;

5.         Politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang adalah isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan Tuhan dan Agama;

6.       Para pemimpin yang berkuasa dan memerintah di dalam sesebuah kerajaan demokrasi bukanlah Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

7.         Ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara demokrasi tidak bererti para pemerintah itu adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia;

8.         Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu melantik para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat  ke atas manusia;

9.         Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu bersetuju dan menyokong kesyirikan dan kekufuran;

10.   Rakyat yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh para pemerintah tidak bererti  mereka itu menyembah para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah;

11.    Sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi bukanlah syarat keimanan kepada kalimah Laailaahillallah dan ianya bukanlah sesuatu yang diperintahkan Allah ke atas kita;

12.  Perjuangan umat Islam di bumi ini bukanlah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ini untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Islam kerana kerajaan demokrasi ini sememangnya adalah sebuah kerajaan Islam atau yang serasi dengan Islam;

13.    Perjuangan Islam melalui proses politik demokrasi ini adalah metod perjuangan yang selaras dan bersesuaian dengan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah;

14.    Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah satu bentuk “extremism” yang dilarang dalam Islam;

15.    Perang dalam Islam hanya dibenarkan setelah kita ini terlebih dahulu diancam, dicerobohi, dicabuli, dizalimi dan diperangi;

16.    Jihad tidak hanya terhad kepada Perang dan Revolusi, ianya mempunyai pengertian yang lebih luas yang mencakupi berbagai-bagai bidang kehidupan termasuklah perjuangan untuk memajukan negara, meningkatkan teknologi, menimba ilmu dan mencari kekayaan di bumi;

17.   Perpaduan dan harmoni di antara berbagai-bagai kaum dan agama adalah digalakkan dalam Islam;

18.   Konsep ‘Ketuanan Islam’ adalah sesuatu yang tidak wujud dalam pemikiran umat Islam dan justeru mereka tidak pernah dan tidak akan berjuang ke arah merealisasikan matlamat itu;

19.   Melantik pemimpin-pemimpin daripada golongan bukan Islam adalah dibenarkan dalam Islam asalkan mereka itu taat dan patuh kepada Perlembagaan Negara, peraturan dan undang-undang negara serta mereka mengiktiraf agama Islam sebagai agama resmi Negara.         


Sekian, terima kasih.


Paiso Awang Zari

No comments:

Post a Comment