Saturday 10 September 2011

METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI


METOD PERJUANGAN ISLAM ADALAH JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI


OLEH


Paiso Awang Zari


SALAM,


Firman Allah: al-Baqarah 193
Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

Firman Allah : al-Hajj 40
Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Jihad dan Perang dalam Islam adalah diperintahkan Allah ke atas kita yang bertujuan untuk :
                          
1.   Menghapuskan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA yang wujud dan beroperasi di bawah kekuasaan sesebuah kerajaan manusia seperti kerajaan demokrasi kita ini yang sekali gus ianya (peperangan itu) bererti menghapuskan segala penindasan, kezaliman, pencerobohan, kejahatan, ancaman, dan kerosakan yang sedang wujud dan berleluasa di bawah kekuasaannya;

2.   Mewujudkan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KUASA ALLAH di bawah kekuasaan sesebuah kerajaan Allah yang akan mewujudkan keadilan, kebebasan dan keamanan di kalangan manusia mengikut neraca-neraca Allah;

3.   Menghapuskan sistem MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA dan mewujudkan system manusia menyembah Allah sahaja.  

4.   Menghapuskan PENINDASAN dan KEZALIMAN sekali gus untuk menegakkan keadilan dan kebebasan;

5.   Menghapuskan KEBATILAN untuk menengakkan kebenaran;

6.   Menegakkan KETUANAN ISLAM supaya agama Islam wujud sebagai agama yang paling berkuasa dan agung di atas muka bumi ini;

Dalam mencapai seluruh Misi Islam Yang Maha Agung seperti di atas ini, Islam BERHAK untuk melancarkan Jihad dan Perang dalam bentuk yang OFENSIF ke atas sesuatu Negara Bangsa atau Kerajaan Demokrasi, atau ke atas mana-mana Kerajaan Manusia sekalipun tanpa terlebih dahulu ianya diserang, diperangi, dizalimi dan diancam oleh mana-mana negara atau kerajaan-kerajaan tersebut. Ini adalah doktrin FUNDAMENTALISME dalam kalimah Laailaahaillallah.

Sekian, Terima Kasih.



Paiso Awang Zari

No comments:

Post a Comment